GOSIP ARTIS TERKINI
Dapatkan gosip terkini artis Malaysia di MyGosip.com.. kami menyiarkan gosip terbaru dan terkini bagi dunia hiburan tanah air kita...
Anum mengungguli undian sms Akademi Fantasia 8
Artis Malaysia gosip artis
Belum lagi bermulanya konsert pertama AF8, Anum atau nama sebenarnya Dayang Nor Anum Arjuna telahpun menduduki tempat pertama dalam keputusan Undian sms AF8 minggu ini. Anum, 19 yang berasal daripada Sabah ni memang mantap pun vokal dia, Kalau korang tak perasan Anum ni yang mana satu, senang jer, Anum ni la peserta yang duk baring-baring atas pentas masa konsert tirai AF8 tu.. memang sesuai la dapat rangking pertama dalam keputusan undian sms..
Gambar Sharifah Sofia bermesra dengan anjing
Artis Malaysia gambar artis, gosip artis
Mungkin agak kejam bunyi tajuk ni kan, tapi inilah kenyataan… Gambar Sharifah Sofia bermesra dengan anjing ni dengarnya diupload oleh Sharifah Sofia sendiri kedunia internet ni, wah berani mati si Sharifah Sofia ni kan.. kita yang beragama islam ni biasanya mengelakan diri daripada tersentuh anjing-anjing ni.. yerla, nanti masa nak solat takde la was-was sangat kan.. Tapi si Sharifah Sofia ni selamba jer main-main dengan anjing-anjing tu.. Dah macam kucing jer dia buat..
Gambar Jehan Miskin dan ayahnya yang muscular
Artis Malaysia gambar artis
Inilah yang dikatakan bapak borek anak rintik, Jehan Miskin nampaknya mengikut jejak langkah ayahnya dalam usaha membina badan.. Memang nampak seakan-akan sama kan badan mereka berdua ni.. sama-sama mantap.. Kalau korang nak badan macam Jehan Miskin ni rajin-rajin la turun ke gym.. Menurut Jehan Miskin, gambar ayah dia tu diambil semasa ayah jehan masih bujang lagi… Sexy sangat pakcik Miskin dan Jehan ni kan… Apa-apa pun jom kita layan Gambar Jehan Miskin dan ayahnya yang muscular ni…
Sah Benjy anak Azean Irdawaty di tahan kerana dadah
Artis Malaysia gosip artis
Kini Sah la artis yang ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah adalah Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy yang jugak anak seniwati Azean Irdawaty… Benjy yang berumur 31 tahun ditahan bersama teman wanitanya di tempat letak kereta sebuah kondominium di Segambut yang disyaki mengedar dan memprosess dadah jenis kokain dan syabu… Benjy juga disahkan positif dadah jenis methamphetamine.
Gambar Umie Aida nikah di Masjidil Haram
Artis Malaysia perkahwinan artis
Taniah buat Umie Aida kerana telah selamat dinikahkan dengan Datuk Paduka Khairuddin atau nama manjanya Datuk K di Masjidil Haram semalam.. Majlis pernikahan Umie Aida yang dilangsungkan secara sederhana itu disaksikan lebih kurang 20 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga dan teman rapat sahaja.. Kini Umie Aida telahpun bergelar seorang isteri yang sah kepada Datuk Paduka Khairuddin.. MyGosip berharap pernikahan mereka akan kekal sehingga ke anak cucu..
Gambar seksi Lisa Surihani berbaju sleeveless
Artis Malaysia gambar artis
Jarang sekali kita lihat Lisa Surihani berbaju Sleeveless atau baju tanpa berlengan sebelum ini.. Jadi buat peminat Lisa Surihani, pelakon cantik yang berbakat besar ni, MyGosip sediakan gambar Lisa Surihani Sleeveless buat anda.. Bagi Mygosip, gambar ni amat menarik sekali, bukan kerana Lisa Surihani berbaju tanpa lengan, tetapi muka Lisa Surihani tampak sangat cantik dan comel dalam gambar ni… Mungkin gambar ni diambil secara candid, nampak kecantikan semulajadi Lisa Surihani… Apa-apa pun, jom kita layan Gambar seksi Lisa Surihani berbaju Sleeveless ni…
Akademi Fantasia 8 bukan Akademi Sabah 8
Artis Malaysia gosip artis
Memang sudah kami jangkakan perkara ini bakal menjadi isu apabila 4 pelajar Akademi Fantasia 8 berasal daripada Sabah, malah 2 daripada mereka adalah adik beradik… seakan-akan wujud isu kroni, kabel dan sebagainya kan… Daripada berjuta-juta rakyat Malaysia yang beratur untuk diuji bakat, bagaimana 4 daripada mereka yang dipilih berasal daripada Sabah? Jom kita baca apa kata orang yang bertaggungjawab mengenai isu ini…
V3 Samseng Jalanan sinopsis dan trailer
Artis Malaysia filem
Sinopsis V3 Samseng Jalanan:
REMP-IT V3 atau V3 Samseng Jalanan memaparkan kisah Rudy dan sahabatnya Brett yang terjerumus dalam satu masalah besar apabila dia dan kawan-kawannya berlumba sehingga Shah dan Liza yang juga pasangan kekasih maut dalam satu kemalangan. Lebih memburukkan keadaan di tangan Shah terdapat dadah yang baru diambil. Rudy, Brett dan kawan-kawannya menjadi buruan polis, sehingga Rudy dan Brett mengambil keputusan melarikan diri ke Kuala Lumpur.
Kenali 12 pelajar Akademi Fatasia 8
Artis Malaysia gosip artis, profile artis
Dua belas pelajar Akademi Fantasia 8 (AF8) telahpun dipilih, kesemua peserta AF8 ni pastinya hebat-hebat belaka kan dan yang pastinya mereka semua ni pasti bertambah hebat selepas dibimbing oleh Norman KRU ni nanti.. 12 peserta Akademi Fantasia 8 kali ini nampaknya dimonopoli oleh warga Sabah. Wah, semakin rancak la warga Sabah mengundi untuk AF8 kali ini nampaknya.. opss terlebih suda…
Gambar anak kembar Ziana Zain
Artis Malaysia anak artis
Akhirnya, Ziana Zain memperkenalkan juga anak kembarnya kepada media semalam di Majlis Slim World Beauty House. Anak kembar Ziana Zain yang dilahirkan sepasang, lelaki dan perempuan diberi nama Muhammad Ariel Armin Zharin dan Siti Nour Kaseh Armin Zaharin yang kini sudah pun berusia 8 bulan. Gambar anak Ziana Zain ni memang comel kan..
Umie Aida akan bernikah di Masjidil Haram pada 14 Mac ini
Artis Malaysia perkahwinan artis
Taniah buat Umie Aida yang bakal melangsungkan majlis pernikahanya pada 14 march 2010 dengan Datuk Paduka Khairuddin atau nama manjanya Datuk K. Jika ada peminat Umie Aida yang teringin nak hadiri majlis pernikahan Umie Aida nanti korang boleh lah lupakan sahaja niat murni korang tu kerana majlis pernikahan Umie Aida bakal diadakan di Tanah Suci Mekah dan bukanya di Malaysia… Menurut Umie Aida, majlis pernikahan yang sederhana itu akan dilangsungkan di Masjidil Haram yang akan dihadiri seramai 20 orang termasuk ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja.
Anak Eja didera pembantu rumah
Artis Malaysia anak artis, gosip artis
Eja yang belum lagi puas merasai nikmat menjadi ibu buat pertama kalinya tersentap seketika apabila anak dia yang berusia enam bulan didera oleh pembantu rumahnya sendiri.. Anak Eja yang bernama Nur Eishal dikatakan berdarah dibibir dan luka-luka ditangan tanpa diketahui sebabnya.. Kemungkinan ianya perbuatan pembantu rumah Eja yang melarikan diri..