Faizal Tahir sakit terkena jangkitan kuman pada paru-paru
Posted My Gosip: 22 November 2009 at 12:21 am under gosip artis
Faizal Tahir yang selamat menjalani pembedahan lutut kanannya pada September lalu, kini terlantar sakit lagi di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman pada paru-parunya. Faizal Tahir yang selalu mengadu mengalami sakit-sakit pada dada, akhirnya dimasukkan ke hospital pada 18 November yang lalu setelah tidak tahan menanggung kesakitan serta mengalami batuk berdarah.
untuk keterangan lanjut mengenai sakit yang dialami Faizal Tahir ni, jom kita baca ulasan pengurusnya, Edris Adrian…
“Kecederaan yang dialami Faizal tidak teruk tetapi dia sangat lemah. Apatah lagi, sebelum ini dia ada menjalani pembedahan lutut dan sekarang jangkitan kuman pada paru-parunya. Disebabkan itu, doktor menyarankan kami supaya Faizal diberi ruang secukupnya untuk berehat tanpa mana-mana gangguan. Rawatan awal mendapati dia terkena jangkitan kuman, tetapi tidak tahu keadaan selanjutnya,”
“Awalnya, Faizal ingat dia salah tidur hingga menyebabkan sakit dada. Disebabkan itu, dia tidak kisah sangat dan terus menjalani latihan untuk separuh akhir Muzik-Muzik bagi lagu Bencinta. Selain bersungguh-sungguh berlatih, pada masa sama, Faizal juga sibuk merakam suara untuk album terbarunya.
“Selasa (17 November) lalu, ketika dia datang ke studio di Petaling Jaya untuk buat latihan seperti biasa, keadaannya nampak teruk dan sangat lemah. Melihat keadaannya itu, kami menasihatkannya supaya balik dan berehat di rumah. Sejurus sampai di rumah, Faizal memberitahu yang sakitnya lagi teruk dan sudah tidak tahan hinggalah pada malam Rabu lalu dia batuk darah.
“Malam itu juga Faizal dimasukkan ke hospital. Kami tidak tahu bila Faizal boleh keluar kerana masih menunggu untuk rawatan seterusnya. Menurut doktor, ada pelbagai peringkat rawatan selepas ini tetapi tidak boleh diberitahu kerana perlu menunggu keputusan rawatan seperti yang saya maklumkan sebelum ini.
“Sebenarnya, Faizal agak kecewa kerana tidak dapat membuat persembahan pada malam tadi. Kalau diikutkan, Faizal sudah lama membuat latihan dan bersedia dari segi mental dan fizikal untuk memberi persembahan terbaik pada Muzik-Muzik. Bagaimanapun, dia tidak ketinggalan menyaksikan Muzik-Muzik malam tadi di hospital menerusi kaca televisyen biarpun masih sakit”. kata Edris Adrian.
-Marila kita sama-sama mendoakan agar Faizal Tahir selamat dan sihat seperti sediakala.. Harap-harap doa kita yang tak sebeberapa ni mampu meringgankan beban sakit Faizal Tahir…
15 Responses to “Faizal Tahir sakit terkena jangkitan kuman pada paru-paru”
moga cepat cepat sembuh
cian supermen kite…..harap bnyak bersbo yek…..jgn lpe solat mintak kpd all spye cpt smbuh ok……
kesian faizal tahir kan
h0pe cpt sehat k…
pape hal pun FT dah selamat perfom AJL n menang tempat ke3,tahniah FT.,smuga cpt sembuh
,
DingoDogg
kesiannya faizal tahir.semoga beliau cepat sembuh…aminnn
kesian abang faizal semoga cepat sembuh ye… jaga kesihatan ok.
semoga faizal tahir cpt sembuh.i'm ur biggest fan faizal!
faizal ego dan kepala batu
biar btl citer nih..
ciannyer abg superman kita.
ciannya….
uik, superman pun boleh sakit.. hahahahaha… superman malaysia..
kesian abg superman kita
maimunah
yeke nie