gambar lawak cerita lawak

Serina Ganti Maria Tunku Sabri dalam Jalan-Jalan Cari Makan

Posted My Gosip: 8 November 2009 at 4:48 pm under gosip artis  

Serina chef wan Ganti Maria Tunku Sabri dalam Jalan-Jalan Cari MakanSerina Redzuawan bakal menggantikan Maria Tunku Sabri bagi rancangan popular Jalan-jalan Cari Makan musim yang terbaru. Serina yang juga anak kepada Chef Wan ini merasa sangat teruja apabila menerima panggilan yang memberitahu berita baik itu selepas Serina menghadiri sesi ujibakat bagi program tersebut sebelum ini. Menurut Serina lagi Rakaman untuk musim terbaru rancangan Jalan-Jalan Cari Makan akan bermula pada 25 November ini.

“Saya tidak mahu dibandingan dengan bekas pengacara rancangan ini.

“Saya telah pun berbincang dengan produser rancangan ini dan akan menukar sedikit konsep rancangan Jalan-Jalan Cari Makan,”

Salah satu penukaran konsep bagi rancangan Jalan-Jalan Cari Makan musim terbaru ini ialah pembabitan golongan orang kurang upaya, ibu tunggal dan anak-anak yatim untuk ditonjolkan di dalam program itu. Menurut Serina, makanan mampu merapatkan hubungan sesama insan dengan cara yang tersendiri.

“Saya mahu makan bersama mereka dan kalau boleh menolong mereka. Saya mahu menggembirakan mereka dengan cara seperti itu,” katanya.

Apa-apa pun sama-sama la kita nantikan kemunculan Serina chef Wan didalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan musim yang terbaru ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Takkan Tengok Jer, Comment La Sikit..

Comments

3 Responses to “Serina Ganti Maria Tunku Sabri dalam Jalan-Jalan Cari Makan”
  1. lady vogue says:

    mulia sungguh hati mu serina… mmg anak yg baik..

    u make ur papa proud with u babe..

    luv u serina..

  2. kukunalu says:

    aq suka tengok jalan-jalan cari makan … best tu sampai meleleh air liur hhahaha

  3. online says:

    belajar banyak