Respon Almy Nadia mengenai Fizz Fairuz Putus Tunang Dengan Isteri Orang

Posted: 20 February 2013 at 12:46 pm  

Respon Almy Nadia mengenai Fizz Fairuz Putus Tunang Dengan Isteri Orang

Almy Nadia yang ditanya mengenai perkembangan terbaru dan pemohonan maaf Fizz Fairuz yang baru putus tunang kerana tunangnya itu isteri orang bagaimanapun enggan mengulas lanjut.. Almy Nadia yang keliru dengan situasi ini bagaimanapun menggangap segala yang berlaku terhadap Fizz Fairuz adalah hukum karma..

“Saya tidak mampu untuk mengulas lanjut tentang perkara ini. Saya sudah tidak boleh berfikir dan saya tidak mahu membebankan fikiran dengan perkara ini. Segala yang berlaku ini adalah hukum karma. Itu sahaja yang boleh saya katakan.

Hanya Allah yang tahu kedudukan sebenar dan hanya Dia juga yang tahu bagaimana perasaan saya ketika ini. Tiada kata-kata yang boleh menggambarkan perasaan saya buat masa ini,”

Dalam pada masa yang sama, Almy Nadia juga mengakui yang dia sememangnya sudah mengetahui berita Fizz Fairuz bertunang dengan isteri orang beberapa hari sebelum ini melalui seorang rakan, Namun Almy Nadia mengambil langkah mendiamkan diri kerana tidak mahu masuk campur urusan mereka.

Almy Nadia juga tidak menolak kemungkinan Fizz Fairuz terkena buatan orang, kerana sepanjang tujuh tahun Fizz Fairuz menjadi kekasihnya, dia tidak pernah berkelakuan pelik seperti itu..

“Sebelum ini Fizz tidak pernah menunjukkan perkara pelik seperti apa sudah terjadi. Saya pernah menyuruhnya berubat, tetapi entahlah…,” katanya enggan mengulas lanjut.

Fizz Fairuz putus tunang

Sumber: Gua & Metro

Anda kini berada dikawasan Komen, Pendapat dan Nasihat

PERHATIAN!: Anda digalakkan untuk memberi komen, pendapat dan nasihat, tetapi anda tidak dibenarkan sama sekali mencarut atau menyebut perkataan lucah dibahagian komen.. Pihak MyGosip tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang diberikan. Segala komen yang diberikan adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri. budi bahasa budaya kita, komen lah secara berhemah

6 Responses to “Respon Almy Nadia mengenai Fizz Fairuz Putus Tunang Dengan Isteri Orang”
  1. syareena binti sahar says:

    askum..saya salah seorang dari peminat almy nadia saya harap awak banyak2 bersabar yea mungkin ini dugaan,saya doakan semoga awak dipertemukan jodoh dengan seorang lelaki yang benar2 sayangkan dan cintakan awak dengan hati yang ikhlas,jangan sedih2. :-)

  2. jue says:

    betine gtal tu nk kawin rmai hahaaa..tak ckup sorang

  3. yuen says:

    honest to say.. i lbh suka fizz dgn almy khawin. bukn dgn org lain. ini doa sy utk kmreka berdua. tp kalau dh bukan jodoh, mungkin ada yg lebih baik untuk mreka yg kita smua xtau. hanya ALLAH yang tahu….

    • Nyam2 says:

      nak wat camne kan? kalau tuhan x izin almy ngan fizz kahwin…mungkin ni jodoh aku ngan almy yang comel gilerr ni….ahakzzz! ahakzzz!!!

  4. yuen says:

    org salah xkan mengaku bersalah… kalau almy masih syg kat fizz.. pujuk lah bwa berubat. dpd mnyesal.. skurg2 nya dh buat yg terbik utk org yg kita cintai.. bekas tunang fizz, tampil lah beri jwpn. btul ker awk buat2 kn fizz????. mmg wujud pmpuan yg hati busuk mcm ni. sanggup hilang akidah semata2 nk kejar apa yg dia suka.

  5. sokong says:

    kalau nk tau betul ke x fizz kena buatan org.. kena la tnya pompuan tu dulu.. coz dia yg buat..